Tuesday, October 26, 2010

bersyukurlah...

dh lama gila babi aku tak sempat nk update blog nih..mlm ni rasanya ada masa skit dgn aku membiarkan cik iris yg cegak menyepahkan kain baju yang dlm raga nih...rasanya dia tak akan kacau aku within 10 minit nih..haha...so..apa yang aku nk story kt sini adalah pasal hidup aku suami isteri..sejak kebelakangan nih ramai pulak aku dapat tau yang kawan2 aku ni dh hidup menjanda.ada yang kawin sempat 3 tahun saja,setahun pun ada..dan yang dh kawin smpai 10tahun pun ada jugak...komen aku..hish...kalau lah aku ni kena cerai dgn laki aku...org pertama yg akan salahkan aku adalah EN.HASBULLAH...dia selalu sangat menasihatkan aku supaya mcm itu lah,macam ini lah dengan laki..padahal dia tak tau yang laki aku tuh jenis takkisah punya orang..kalau dia jenis kisah...kenapa dia boleh bertahan bercinta dgn aku selama 7tahun?kan?kan? dan seperti semua orang tahu,aku ni bukan lah jenis perempuan yang benar perempuan...eh,maksud aku...aku ni tak reti cakap lembut2...tak reti nk berambut panjang,make up,perangai pun tak bersopan...tp,setakat nih...alhamdulillah...mak mentua aku sayang kt aku..hahaha...dan dalam tempoh 7tahun aku bercintan dengan org yang bernama SHAHRULNIZAM nih,sikit pun dia tak penah suruh aku ubah sikap dan cara aku..dan kat sini pun dh terbukti yang dia saja lelaki yang boleh terima MASHITAH ni seadanya.bukan mcm pakwe aku yang lain tu..."boleh tak awak ubah skit perangai awak yg kasar tu jadi lembut?"...aku mmg pantang dgr ayat mcm ni keluar dr mulut org...mak ayah aku pun tak cakap cm tu kt aku..ni orang luar?huh..mmg boleh blah la..kan..hahahah...dan aku...mmg tak akan berubah untuk itu..kihkihkih...aklu dh hidup 29 tahun macam nih...aku dh selesa mcm gini..dan laki aku pun ok ja dgn semua ini...dan,aku bersyukur ada lelaki yang boleh terima aku seadanya. bila cerita pasal syukur nih,satu lagi aku nk crita...bahawasanya..ayah aku ni punya kebolehan untuk menafsir seseorang dr pandangan mata dia. dan apabila SHAHRULNIZAM diperkenalkan kepada keluarga,ayah aku sikit pun tak komplain pasal bakal suami aku tuh.pada masa tuh pakwe aku lah..haha...ek ka,uk ka,apa pun dia tak kata.cuma..dia mintak aku nama penuh saja.dan dia pun diam.tak kata apa pada aku.dan..setelah aku hidup berumah tanggan dengan SHAHRULNIZAM nih,aku faham...mmg pilihan aku ni tepatlah. mmg laki aku ni saja yg boleh sabar dengan perangai aku yang buruk nih..hahah...perangai buruk aku adalah seperti kuat membebel,panas baran,tak dengar cakap,kuat melawan...dan...hhahaha...tak payahlah aku cerita dgn lebih detail..dan,perangai baik aku..ha...banyak...dan tak payahlah aku cerita..nanti orang kata,aku cakap besar pulak.dan korang bleh pikir sendiri lah apa sebab laki aku masih sayangkan aku smpai sekarang..kihkihkih...dan aku juga bersyukur sbb laki aku ni jenis yang penyabar..mmg dia sangat banyak sabar dgn sikap aku yg buruk nk mampus nih..sbb dia banyak sabarlah, ayah aku selalu marahkan aku sbb cara aku salah dlm melayan suami.padahal ayah aku tak tau yang laki aku ni mmg tak boleh aku cakap lembut2 dgn dia..nanti dia buat tak dgr..dia nk kena aku bubuh volume no.10 baru dia dengar aku cakap..ayah aku pikir aku ni cakap kasar dgn laki. apa lagi yang aku boleh kata..perkara paling aku bersyukur pasal laki aku,adalah dia seorang manusia yang sangat tak kedekut.boleh diibaratkan kalaulah laki aku ni ada rm1 dlm poket,dan seseorang mintak duit tu dari dia..dia akan bg...mmg laki aku ni jenis org yang tak berkira..lebih2 lagi dengan aku.dia selalu cakap..."duit boleh cari,tp..mana nk cari isteri abang yang sorang nih.."... kihkihkih...mmg sedap sungguh ayat itu. dia lebih petingkan hal aku dari diri dia sendiri. pendek kata,dia kedekut untuk diri sendiri. tp,untuk aku..cakaplah apa saja yang aku mahu..mesti dia cuba tunaikan. aku ni pun bukan lah jenis tak reti bahasa nk mintak benda merapu2..pahamlah jugak yang laki aku tu bukannya duit banyak.gaji pun brapa sen saja. cukuplah aku katakan aku sangat2 bersyukur punya suami yang sebegini.gamaknya aku ni adalah perempuan yang baik..sbb tuh Tuhan kurniakan aku suami yang baik mcm dia. bila aku dgr crita bab cerai, sungguh,aku tak dapat bayangkan aku dan dia bercerai..sapa lah yang nk tolong aku kalau bukan dia..pada siapa lah aku nk mengadu masalah aku kalau bukan pada dia..sapa nk bela aku kalau bukan dia. paling aku takut...kalau aku jadi janda sbb laki aku mati.huh,mmg aku tak dapat nk bayangkan keadaan aku macam mana. sememangnya aku sangat sayangkan dia.dan tak salah aku katakan yang aku lebih sayangkan dia dari anak aku sendiri. sbb apa...sbb aku kenal dia lebih lama dari aku kenal anak aku. bukan maksud aku tak syg anak aku yang cegak tuh...sayang..cuma..aku lebih sayangkan laki aku la...tp,kalau dia buat perangai sial,mmg aku tau aku nk buat apa dgn anak yg dia sayang tuh.hahahhaaah...ni ugut nih..kihkihkih..aku bersyukur jugak sbb Tuhan memberi aku seorang anak yang sangat sempurna dari semua segi.bukan nk memuji anak sendiri,tetapi...mmg IRIS ni budak yang cegak. sesungguhnya aku ni seorang yang tidak sukakan budak atau baby..lebih2 lagi budak yg tak comei,hahaha...aku nk pandang pun aku tak mau..mmg teruk sungguh perangai aku nih. baby yang tak comei pun aku tak sanggup nk dukung. dan pada masa aku mengandung dulu,aku terbayang,mcm mana lah kalau anak aku nanti keluar kaler kulit dia cm laki aku...ish..ish...mmg dia akan aku anak tiri kan lah..sekali keluar sikit punya sempurna..terima kasih TUHAN...sesungguhnya ENGKAU lebih tahu apa yg terbaik untuk aku.syukur...walaupun aku tidak mampu memandu mercedez, aku tetap bersyukur dgn nikmat yang diberi..sekurang2nya anak aku lahir,terus dapat naik kereta..tak macam sesetengah keluarga lain,anak sampai 4 pun masih lagi turun naik bas. itulah nikmat yang TUHAN dh beri untuk aku,cukup makan,cukup pakai..dan hanya 1 lagi aku mintak...aku nk keluar dari masalah hutang. eh,apa da aku melalut nih..apa lagi yg aku bleh bersyukur, dalam pada keadaan aku macam nih,TUHAN kurniakan aku 1 kelebihan iaitu aku agak bijak dalam ilmu matematik. dan aku dapat kongsi ilmu aku dengan org2 yang nk berkongsi la..itu adalah 1cara aku untuk kumpul pahala yang nk dibawa keakhirat nanti. tp,agaknya bila aku dok bergossip pasal orang..pahala tu kena potong tak?hahahaha...secara kesimpulannya, aku sangat bersyukur aku dibesarkan dalam keadaan yang sangat sempurna, hidup sempurna,berkahwin dgn manusia sempurna,dan punya zuriat yang sangat sempurna. ALHAMDULILLAH..